Jumat, April 11, 2008

Keseksian Siti Nurhaliza

ImageShack

WALAPUN Anugerah Bintang Popular 2007 sudah lebih seminggu melabuhkan tirainya, tapi orang masih lagi bercakap tentangnya.

Biasalah, setiap kali sesebuah acara hiburan tamat, orang pasti akan tetap membicarakannya, baik yang buruk mahupun yang baik.

Tapi Papa bukan nak cakap pasal pemenangnya sebab itu semua adalah pilihan peminat. Jadi, kalau nak bising lebih-lebih pun, tak guna pun. Apa yang Papa nak cakap di sini pasal persembahan pada malam itu.

Memang Papa tak nafikan Papa cukup terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang terpilih terutama sekali Bob yang cukup memukau dengan vokal lunaknya mendendangkan lagu Jangan Bersedih Lagi.

Meremang bulu roma mendengarkan Bob mengalunkan lagu tersebut. Begitu juga dengan persembahan lima ‘otai’ rock yang menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih. Memang mantap!

Apa yang menarik perhatian Papa adalah persembahan pembukaan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Ku Mahu.

Papa dapat lihat Siti sekarang makin matang dan berani dalam persembahannya. Vokalnya tak perlu cakap, tetap merdu dan ampuh seperti biasa.

Walaupun tampil sopan dengan imejnya itu, dia tetap kelihatan seksi sewaktu mempersembahkan lagu Ku Mahu. Ditambah pula dengan gaun merah cilinya yang menyerlahkan lagi keseksian Siti. Kata orang seksi manja gitu!

Dengar cerita, Siti juga berbelah bagi untuk membuat persembahan pada malam itu kerana pada masa yang sama, dia juga mahu mengikut suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ke Dubai menghadiri sebuah festival fesyen antarabangsa pada hari yang sama.

Tetapi, disebabkan janjinya dan tidak mahu mengecewakan harapan penganjur serta peminat setia yang mendambakan persembahannya, Siti teruskan juga dengan persembahannya dan ternyata dia membuktikan dia masih lagi penghibur yang belum padam auranya.

Cuma satu sahaja, ramai yang mengatakan kepada Papa agar menasihati Siti suruh mengawal berat badannya yang kelihatan sedikit berisi.

Jawapan Papa pada mereka, apa masalahnya kalau Siti berisi sekalipun. Itu tandanya dia dan suami masih dalam fasa merai cinta yang akan genap usianya dua tahun Ogos depan.



(Utusan Malaysia)

0 komentar: